Kelas Microsoft Office Power Point

3 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin, 2 Disember 2019, telah diadakan Kelas Microsoft Office Power Point yang telah dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan cara penghasilan slide pembentangan dengan betul dengan menggunakan Microsoft Office Power Point. Kelas ini telah berlangsung pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Di dalam kelas ini, mereka telah diberikan penerangan berkaitan dengan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Office Power Point. Selepas diberikan penerangan berkaitan dengan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Office Power Point, mereka telah diberikan latihan untuk menghasilkan slide berkaitan tempat menarik. Di akhir kelas ini, mereka telah memahami dan mengetahui cara yang betul dalam menghasilkan slide pembentangan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali